
SubhanAllah! Allah Maha Kuasa. Allah permudahkan jalanku. Allah temukan aku dengan seorang sahabat yang cukup bermkna buatku. Allah temukan aku dengan seorang sahabat yang banyak memberiku kesedaran,ketenangan untuk mencari jalan pulang ke jalan yang diredhai Allah taala. MasyaAllah,sangat halus pertemuan yang Allah telah tetapkan aku dengan Nur Fazreen binti Ahmad.
Terbuka pintu hati aku untuk ceritakan segalanya pada areen. Bermula dari situlah aku mula mendalami ilmu agama yang telah lama aku lupakan. Nauzubillah. Terlalu jauh aku dengan Allah sekarang. Ya Allah,aku mengharapkan pengampunan darimu Ya Allah. tak tertahan lagi air mata aku bila aku mulakan solat aku dengan penuh rasa insaf,khusyuk. MasyaAllah! besarnya kuasa mu Ya Allah!
Air mata tanda sedih,sedih yg teramat sebab aku tak pernah rasa setenang itu. Air mata yang mengalir itu juga tanda telalu gembira kerana aku dapat merasa ketenangan dan rasa dekat sangat dengan Allah. SUBHANALLAH! aku x pernah rasa macam ni sebelum ni. :')
Ya allah
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Aminnn...:)

Wahai Maha Pengasih…
Jika sahabatku jatuh cinta, benihkanlah cintanya kepada seseorang yang melabihkan cintanya kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu,
Wahai Maha Penyayang…
Jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepadaMu, agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah,
Wahai Maha Penyayang…
Jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,
Wahai Yang Maha Pengasih…
Jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepadaMu agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu…
insyaALLAH.. sama2 kita mendoakan kebaikan untuk diri masing2 dan juga sahabat yang lain.. insyaAllah.. moga kita semua dipermudahkan untuk membina baitul muslim yang diredhai oleh ilahi......amin...



No comments:
Post a Comment