Luahan Hatiku

Sekali lagi aku create blog aku untuk luahkan apa yang terpendam.
banyak bende mengajar aku n bagi kesedaran pada aku.
terus terang aku katakan,niat hati aku ni dah lama nak berubah.
tapi aku tak kuat untuk buat smuanya.
aku tak kuat dengan keadaan sekeliling aku n aku tak tau dari mana aku kena mulakan semula segalanya.

Aku terikat dengan persekitaran yang tak membolehkan aku berubah.
banyak pengaruh lain yang membuatkan aku susah untuk berubah.
dah banyak blog yg aku baca.
kadang2 menangis bila aku fikirkan apa yang aku dah buat selama ni.
nak bandingkan aku dengan dia yang banyak berjuang untuk islam.
jauh letaknya aku dengan dia di sisi allah.

Aku tak tau macam mana aku nak mulakan.
aku takut kalau aku dah mula untuk bertaubat,aku akan balik pada yang lama.
aku sedar iman aku goyah.
banyak benda yang aku dah tinggalkan.
tapi aku dah lama pasang niat untuk berubah.
aku perlukan orang yang sokong aku,aku perlukan orang yang selalu bagi nasihat n semangat pada aku.

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

“Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)

Al-quran,lama aku tinggalkan kitab suci allah ni.
aku lupa tentangnya,aku alpa dengan keduniaan.

Ya Allah.. kau berilah aku petunjuk ke jalanmu,kau berilah aku kekuatan untuk bertaubat kepadamu. dan apabila aku telah bertaubat kepadamu kau kuatkanlah iman ku dan kau tetapkanlah hatiku kepadamu Ya Allah...='(

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Jombinabelog.blogspot.com