Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…
SubhanAllah,lama sangat2 tak update blog..
Rindu yang teramat!!
Terlalu banyak nak cerita & share dengan semua sahabat2 aku..
MasyaAllah!! Allah Maha Besar!
Sejak hari pertama mula balik sem baru ni…
Segalanya berjalan lancar..
Alhamdulillah,Thanks to Allah!
Love you so much Allah!! :)
Allah permudahkan jalanku..
Senang sangat2 nak bangun awal, aku dapat kuatkan semangat aku untuk hadapi segalanya…

Semalam 1st time aku ikut kak aida pegi Talk Ummah kat UKM…
Aku terharu sangat2 & rasa malu sangat2 dengan orang2 yang aku jumpa kat sana…
SubhanAllah!! Sangat2 tenang bila jumpa dengan sahabat2 baru kat sana…
Alhamdulillah juga untuk malam 2, Ceramah dari ustaz Muhadir tentang “akhlak Rasulullah” !!
Tak pernah lagi join, aku rasa sebak bila aku tengok diorang sangat rapat macam keluarga sendiri..
Aku ni yang baru je join,dilayan dengan sangat baik..
Aku tak pernah jumpa semua ni sebab aku dah sia2kan segalanya…
Thanks to along, Kak Aida & semua yang tolong & sokong aku…
Tanpa semua aku tak mampu buat semua ni..
Pengajaran yang aku dapat & ingatan buat aku dalam Ummah Talk…
Rasulullah X PERNAH katakana TAK,TIDAK!! X pernah..
Susah macam manapun, aku kena cuba bantu sahabat2 aku…
InsyaAllah,aku cuba yang terbaik…
Aku cuba jadi yang terbaik buat semua sahabat2 aku..
Alhamdulillah, Allah berikan jalan terbaik buatku…
Aku takkan sia2kan even sesaat pun…
Semakin aku mendekatkan diri dengan Allah,semakin ramai shabat2 yang soleh & solehah yang aku kenal..
Thanks Allah! :)


Class pulak,so far semua ok..:)
Segalanya boleeh decontrol lagi…
Aku buat semua yang aku amalkan selama ni..
Aku sentiasa ingatkan diri aku berkali2..
Aku tak sanggup hilang CINTA Allah!!
MasyaAllah!! Aku terlalu sayangkan Allah…
Tak sanggup kehilangan CINTA Allah..
Aku tolak tepi segalanya…
Pandangan orang pada aku, cacian, makian, aku Cuma berpegang pada diriku..
Allah ada bersamaku…:)
Ingat! TabarakAllah! Jagalah ukhuwwah aku dengan semua sahabat2 aku…
InsyaAllah! To umi,abah n semua family aku…
Rindu sangat2 kat semua… nak sangat2 balik… tapi apa kan daya,aku kena berjuang untuk agamaku,diriku & family aku!! :) Aku kena berikan yang terbaik untuk umi abah… insyaAllah,amin…

Sedih


Aku telah mulakan hari aku untuk hari ini dengan kesedihan...:'(
Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk menghadapi digaanmu Ya Allah...
Aku perlukan kekuatan untuk lupakan dia..:'(
Susah sangat2 nak buat,aku rasa aku tak kuat..
Dan aku telah menangis kerana dia..
Tapi aku kena ingat! Semuanya dtg dari Allah...
Ake kena kuat! kuat! kuat!
Aku cuba sentiasa ingat nasihat sorang dari sahabat aku..
Letakkan dalam hati keyakinan yang everything comes from Allah!
Allah MAHA MENGETAHUI segala2nya...
Dan segala yang berlaku adalah yang terbaik buatku...:'(

"...Di celah-celah hati basahkanlah ia dgn tangisan menghadap ilahi,sudh terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia kini biarlah air mata ini tumpah di hadapan ilahi sebagai bentuk pengakuan dosa tangisan yang lahir dari hati menambakan Allah,Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yg lahir atas cintaku hanya padamu >>Allah tahu kamu sedang berduka bertawakallah kepadanya yakinlah dia mempunyai perancangan yang terbaik untuk kamu sedang maknusia itu hanya mmpu bersangka buruk, tidk mmpu mengerti rahsia hati yang tersembunyi cukuplah Allah itu maha mengetahui..."

Tinggalkan dia kerana Allah..
itulah perkara terbaik buat diriku..
InsyaAllah...:')
Allah akan berikan yang terbaik buat diriku suatu hari nanti..
Allahuakbar!

Ketakutanku



Berhenti persoalkan

'kenapa aku buat baik tapi orang anggap aku jahat?'
'kenapa orang suka sakitkan hati aku?'
'kenapa tak ada orang yang faham hati aku?'
'kenapa lah orang masih buat dosa walau dah tahu hukum?'

tetapi persoalkan
'kenapa aku masih tak boleh ikhlas dalam buat baik?'
'kenapa hati aku rapuh dengan kata-kata manusia?'
'kenapa aku masih tak boleh faham orang dengan baik?'
kenapa aku masih anggap diri aku lebih baik dari orang lain?'

berhenti persoalkan KENAPA pada ORANG LAIN
selalu persoalkan KENAPA pada DIRI SENDIRI

pasti diri kan jumpa jawapan yang dicari
dan bertambah akrab hubungan dengan Ilahi

insyaAllah
amin~

Ya Allah takut sangat sebenarnya nak menghadapi sem baru ni..
Aku takut menghadapi sahabat2 aku..
Takut diorang mempertikaikan caraku,sikapku..
Pada diorang bile berubah,perlu ubah semuanya especially PAKAIAN!
Aku tak tau lah kenapa sangat kolot pemikiran mereka yang berpendapat bila berubah mesti labuhkan tudung,pakai stoking,& automatik tak boleh tegur sahabat2 lelaki..seriously sangat2 tak faham..
Betullah cakap along,tegur tak salah tapi ada batasnya & yang penting jaga care kita..
Tapi ramai sahabat aku yang tak boleh dengan cara ni..
Pada diorang bila dah berubah tak boleh berkawan dengan lelaki langsung!
Is it fair? Betul kew cara niy??

Tak pe lah...
Sekarang aku menunggu saat2 untuk aku mula ke usrah!
Aku nak cari sesuatu kebenaran & ketenangan dari situ..
Tak sabar nak jumpa akak yang dari UKM yang akan bawa aku dalam usrah dia..:)
Ya Allah,aku dapat kuatkan semangat aku hanya dengan mengadu pada Allah,kemudian pada sahabat2 yang aku akan kenal tak lama lagi dalam usrah niy..
insyaAllah! Terima kasih jugak kat along sebab tolong aku..
Aku harap semanga aku takkan pernah luntur & imanku takkan pernah goyah bila berhadapan dengan keadaan sekeliling aku nanti kat bangi!
Allahuakbar!! Aku takkan balik pada diriku yang lama,yang jahil..


Bertudung labuh atau tidak..
berkopiah atau tidak..
bersongkok atau tidak..
berjanggut atau tidak..
berserban atau tidak..
bukan maknanya nilai Islam itu maju menggunung...
Berjeans, bertali leher juga bukan ukuran iman...
Islam tidak semudah itu yang menilai pada baju...
tetapi dinilai jauh ke satu keping daging yang berada jauh di dalam badan insan.. iaitu hati...
Tempat yang tak akan pernah menipu, walau sekali..

namun..apabila hati bersih..maka terpancar keindahan akhlak melalui fizikalnya...(^_^)

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Alhamdulillah.... selesai semuanya..
Raya Haji niy cukup bermakna sebab aku,along,qiha & fina dapat sama2 tolong atok kat kampung.. tak macam selalu.. ade jew yang kurang sebab sibuk dengan kerja & study masing2.. balik sehari sebelum raya memang tak sempat langsung nak tolong atok wat persiapan.. tapi kali niy dapat jugak tolong semua.. tak dapat bayangkan macam mana atok buat sorang2 selalu sebab sampai tidur 2,3 pagi.. huhuhuhu.. lagi sedih kalau tak habis makan apa yang atok masak kan..:'( so,alhamdulillah.. aku hargai atok sangat2.. Saya Syang atok's saya sangat2!! :)

Terima kasih atok sebab masakkan sup tulang! sampai pening2 kepala niy makan bermangkuk2.. hihi.. kalau boleh nak stay lagi lama kat rumah atok tapi kenalah balik rumah jugak sebab kene tolong umi abah pulak.. yang sedihnya bila aku asyik dengar atok tan sebut.."kalau aku mati...."...:'( aku tak tau kenapa aku rasa takut,sedih sangat2 bila dengar atuk cakap macam tu.. sebelum balik rumah,atuk peluk aku seerat2nya.. sedih...:'( tak dapat gambarkan apa yang aku rasa masa atuk peluk aku..:'(

Ya Allah! Panjangkanlah umur datuk dan nenek ku Ya Allah..Aku masih memerlukan mereka Ya Allah,mereka jugalah semngatku Ya Allah..:'( Maafkanlah aku seandainya aku alpa tentang mereka,ampuni aku Ya Allah seandainya aku telah mengguris hatinya dan tiada di saat mereka memerlukan aku Ya Allah... Sesungguhnya aku sangat sayangkan mereka Ya Allah.. Amin... Ya Rabbal Alamin....:'(

Pengajaran

Ya Allah,aku telah melakukan kesilapan besar kerana telah mengambil keputusan terburu2 dan mudah mempercayai orang lain.. Ya Allah,ampuni aku Ya Allah jika aku telah menyebabkan ibu bapaku dalam kesusahan.. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanmu Ya Allah! :'( Jika aku telah melakukan kesilapan,ampuni aku Ya Allah jika aku tidak melakukan kesilapan,ampunilah orang yang sedang menganiaya aku Ya Allah!

masyaAllah! aku silap selama ni.. aku silap sebab senang mempercayai orang.. memang betul apa yang orang selalu perkatakan sekarang,orang jadikan "tudung labuh" itu satu trend sebenarnya.. Aku silap dalam menilai,banyak lagi yang aku perlu pelajari.. Takpelah,aku anggap benda yang dah berlaku ni satu pengajaran buat aku.. alhamdulillah.... Allah berikan aku dugaan kerana Allah sayangkan aku.. Allah menyapa aku supaya aku tak terleka dengan dunia semata2.. Segala yang berlaku ni adalah ujian buat aku.. ujian untuk bersabar! memang sangat2 menguji kesabaran aku bila jadi mcam ni.. Allah Maha Besar!

Aku belajar DIAM dari banyaknya BICARA,aku belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,aku belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
aku belajar MENGALAH dari satu KEEGOISAN,aku belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,aku Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
aku belajar TAQWA dari KEKUFURAN,aku belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
aku belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Apa yang dah lepas biarkan berlalu, kalau nak maju tak perlu pandang ke belakang.. Apa yg dah jadi ada hikmahnya.. cuba fikir positif,Allah dah menentukan sesuatu yang sangat2 buat diri kita.. setiap apa yg dah berlaku kita kena pandai menilai dan beljar.. sebab sesuatu peristiwa yang berlaku adalah "guru" kepada kita.. dan kita adalah pelajar yang perlu sentiasa belajar,belajar dan belajar dari kesilapan.. Jika kita betul2 "belajar" kita akan "lulus" jika tidak kita akan sentiasa mengulanginya sehingga kita "lulus". sebab tu kadang2 ada orang yang Allah sentiasa mengujinya dengan ujian yang sama sebab apa? sebab kita msih belum menilai betul2 dugaan yang Allah beri pada kita.. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' lebih awal terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer' atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
subhanAllah! Allah sangat menyayangi kita kerana sentiasa berikan ujian kepada kita...

Jangan katakan kenapa aku kena macam2 dugaan? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih kerana Allah menyapa aku dan menunjukkan kasih sayang pada diri kita dengan berbagai dugaan... Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk dugaan yang berat,dugaan yang ringan sahaja. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

"we cannot direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.Ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang..Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!


kepada sahabatku.. muhasabah diri,berubahlah kepada yang lebih baik supaya dapat merasa cinta Allah yg sebenar.. janganlah sekadar mengikut apa yang berada di sekeliling tapi tak pernah datang dari lubuk hati kita seikhlasnya.. bertudung labuh,lemah lembut dalam percakapan sangatlah baik perubahan tersebut tapi ia takkan kekal lama jika kita tak merasai perubahan sebenar.. saya sungguh sayangkan kamu sebagai sahabat,tujuan saya adalah untuk membuat kamu sedar.. saya akan mendoakan kamu akan berubah kepada diri kamu yang sebenar,bukan berubah untuk ikut orang or untuk pandangan orang keliling semata2.. insyaAllah.. amin....
Copyright© All Rights Reserved Jombinabelog.blogspot.com