ISTIQARAH CINTAKU


"Ya Allah, jika benar dia JODOHKU...Engkau satukanlah kami dengan ikatan yang HALAL di sisiMU Ya Allah...Jika benar dia MILIKKU,Engkau dekatkanlah HATI kami dengan kasih sayang yang mendalam...Jika benar dia yang TERBAIK buatku,Engkau peliharalah perasaan CINTA antara kami agar kami saling mengasihi,agar kami saling menghormati.Tapi seandainya kami TIDAK dijodohkan untuk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya Allah...maka Engkau tunjukkanlah KEBENARANMU agar hati ini AKUR atas KEHILANGANNYA...Engkau JAUHKANLAH hati kami dari sebarang perasaan...Engkau berikanlah KEKUATAN buat hati-hati kami agar kami REDHA dengan ketentuanMu Ya Allah...Ameen Ya Rahman..Ameen Ya Rahim..Amin Ya Rabbal Alamin.."

Semalam aku balik dri tengok along kat Melaka... sedih sangat2 bile dengar along crite pasal kawan dia yang terkena santau.. masyaAllah! sedih sangat2.... Aku hanya mampu berdoa untuk kak izzati.. ;'( sekarang manusia dah lupa segalanya tentang akhirat,tentang kuasa Allah taala.. sampai sanggup menganiaya saudara seislam sendiri...nauzubillah!

semalam jugak aku dah putuskan segala2nya yang mampu bawa aku hanyut dengan dunia semata2... Aku selesaikan segalanya dengan dia.. sedih sangat2 tapi aku tak sanggup kehilangan cinta Allah.. kalau dia jodohku insyaAllah! 1 hari bersatu juga dengan hubungan yang diredhai Allah.. biarlah,sekarang aku nak kejar cinta Allah dengan sungguh2... aku nak cari semula apa yang aku dah hilang selama niy...:'( alhamdulillah.... aku berjaya lakukan walaupun berat sangat2... tapi aku kena kuat lawan semata2 untuk Allah taala... aku dah sia2kan hidup aku selama 19 tahun dengan mengabdikan diri pada syaitan laknatullah! aku takkan ulang silap lama aku lagi.. aku takkan termakan dengan hasutan syaitan lagi.. itu janji aku! Allahuakbar!

Ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu...:'(

Sekarang aku mencari cinta Allah yang tiada tandingannya.. subhanAllah! banyak yang aku kena perjuangkan.. jauh lagi perjalanan aku.. Ya Allah kurniakan kekuatan untuk diriku.. Tetapkanlah imanku,bimbinglah aku ke jalan mu Ya Allah! betullah kata orang,nak buat baik ni susah sangat2 tapi nak buat jahat tak sampai seminit kita dah buat sekelip mata.. Aku memohon padamu Ya Allah,jauhkan aku dari sifat2 yang boleh mendorong ke arah melakukan kemungkaran.. bimbinglah aku ke jalanMu Ya Allah.. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah.. amin..

DUHAI SAUDARI SEISLAMKU, ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU, SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA, KERANA PASTI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN LELAKI YANG SOLEH BUAT MEMBIMBINGMU MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH...

Keluargaku


Alhamdulillah....:) Aku masih berpeluang melihat dunia pada hari ini.. Semakin hari adalh semakin baik buatku.. Allah permudahkan jalan buatku setiap hari.. Alhamdulillah... Syukran Allah!

masyaAllah! Keluargaku adalah semangatku.. umi,abah,along,qiha,fina.. Syukran semua sbb sentiasa bg aku semangat! untuk cuti yang sangat singkat ni aku harap dapat tolong umi n abah.. tak kira sebesar mana pun pertolongan tu,insyaAllah! aku akan buat..

Aku faham umi & abah penat,tiap2 hari tak duduk rumah kalau hari kerja.. Ya Allah,baru sekarang aku betul2 faham umi abah.. Kalau sebelum ni aku susah nak buat kerja, merungut penat tapi umi abah lagi penat 2x ganda dari aku.. Pertolongan yang aku buat tiap2 hari takkan sama dengan penatnya umi abah kerja tiap2 hari.. so,cuti macam ni lah aku boleh tolong umi abah.. insyaAllah! aku akan buat selagi mampu... :)

DOA MENDAPAT ANAK YANG BERAKHLAK MULIA DAN MENGHORMATI IBU BAPA :
رَبِّ أَوزِعنى أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتى أَنعَمتَ عَلَىَّ وَعَلىٰ وٰلِدَىَّ وَأَن أَعمَلَ صٰلِحًا تَرضىٰهُ وَأَصلِح لى فى ذُرِّيَّتى ۖ إِنّى تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّى مِنَ المُسلِمينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(SURAH AL-AHQAF AYAT 15)
Sentiasalah berdoa untuk mak ayah kita supaya kita tidak tegolong dalam anak2 yang menderhaka... amin...:) Umi,abah kalaulah umi abah terbaca blog angah ni,angah nak umi abah tau yang angah terlalu sayangkan umi abah... Angah minta maaf seandainya angah selalu sakitkan hati,angah akan cuba ubah segala2nya...insyaAllah!

Takutlah apabila berbuat durhaka kepada kedua orangtua karena sesungguhnya murka Allah bersama murka kedua orangtua. Dan barang siapa dimurkai Allah maka sungguh ia rugi di dunia dan akhirat....nauzubillah!

Bersangka Baik


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته.

Syukur Alhamdulillah kita masih berada dibawah rahmatnya,masih lagi diberi nyawa dengan tanpa apa2 bayaran...masih lagi diberi pancaindera tanpa apa2 balasan...masih lagi diberikan kesihatan yang baik bgmencari redha ALLAH.....semoga kita sentiasa dibawah payung lindungaNYA,bg menjalankan tugas kita sebagai HAMBANYA....
amin..

Beberapa hari ni,aku diuji dengan suatu dugaan mengenai sahabatku.. Ya Allah,aku mohon ampun kepadamu kerana putus asa pada hari aku diuji.. Tapi,alhamdulillah.. aku dapat atasi dengan baik, aku terbaca status fina,my beloved sister kat facebook.. :)aku rasa terharu sangat2 & sebab tu jugak aku jadi ingat balik pada niat asal aku.. Aku baru diuji macam ni tapi aku dah putus asa.. "asalammualaikum saya nak bagik amaran sikit ae yang baik boleh jadik jahat yang jahat boleh jadik baik ok ok baik baik sikit ae asalammualaikum ya leh ae"... hehehehe... niy la status fina yg membuatkan aku bangun semula untuk kejar niat aku.. Ya Allah,kadang2 kita tak sedar ada yang menyokong kita dalam diam.. Allah bagi semangat terus pada hambanya yg sedang mencari keredhaannya.. Allah membantuku,Allah Maha Besar! Allahuakbar!

Azreen my beloved ukhti selalu bagi semangat,ingatan,nasihat pada aku.. Alhamdulillah.. Syukran Allah,aku tak mampu lalui semuanya dengan seorang diri.. Sesungguhnya,orang yang telah memulakan sesuatu kebaikan itu dan tiba2 jika ia berpatah balik kepada yang asal,NAUZUBILLAH!ia akan dizalimi oleh Allah taala! Ya Allah,jangan kau palingkan aku Ya Allah! Kau tetapkanlah imanku Ya Allah! Syukran pada Areen sebab selalu mengingatkan..:) Sayang kamu sangat2!

Dunia sudah terlalu tua sekarang, banyak petanda yang kita dah nampak.. Bila kita mula buat sesuatu perubahan yang baik orang pandang serong pada kita,mencemuh,mencaci,menyindir kita.. TAPI! bila kita nak buat sesuatu yang jahat,tak ada yang bersuara,diam,seolah2 menyokong apa yang kita nak buat.. kenapa mesti macam ni?? Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang dunia dan akhirat.. MasyaAllah! Selamatkanlah semua sahabat2ku Ya Allah! Sesungguhnya aku teramat menyayangi sahabat2ku Ya Allah!

Setiap yang kita nak buat kita mesti bersangka baik pada semua orang tak kiralah kita kenal ataupun tak dengan orang tu ..:)

‎...:::::BERSANGKA BAIK:::::...

Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Seperti pesan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani : Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Semangatku

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته.


Sesungguhnya hati ini dan jasad ini..menginginkan seperti para syuhada-Mu yang mati semata2 untuk memperjuangkan agama dan menjunjung kemurnian syiar agama islam ini..ku berharap menjadi salah seorang daripada mereka..selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..
Daripada Abdullah ibn Abbas ra, bahawa Rasulullah pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati (Muttafiqun alaih)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SubhanAllah! hari ni aku rasa kuat sangat2! syukran Ya Allah! :)
Alhamdulillah... aq gembira sangat2 sebab aku rasakan kekuatan yg berbeza sangat hari ni.. Aku rasa tenang.aku rasa kuat untuk hadapi masa2 depan.. Allah kurniakan kekuatan buat diriku setiap hari.. :) To all readers,doakan ana untuk terus berjuang ke arah Islam.. Ya Allah,kau berikanlah aku petunjuk untuk aku terus berjuang ke arah kebaikan dan jalan yg diredhaimu.. Aku hamba yg sering membuat kesilapan,kau teguhkanlah imanku Ya aLLAH! ALLAHUAKBAR!

Ujian berterusan

Alhamdulillah.. Aku dapat teruskn niatku hari ini dengan sempurna..
Syukran Ya Allah.. Tapi lebih banyak perkara yang Allah uji aku..
Aku tau,Allah uji semula aku dengan semua sikap aku yang dulu..
Allah uji untuk tengok sejauh mana aku mampu bertahan dengn niat aku..
Ya Allah,sesungguhnya aku tak kuat menghadapi ujianmu Ya Allah..:'(
Kau tetapkanlah imanku,kau lindungilah aku Ya Allah.. Sesungguhnya aku insan yang lemah,kau bimbinglah aku Ya Allah...:'(

Sedih sangat bila aku mula berubah tapi ada kawan yang tak sokong perubahan kita.. :'(
Ada yang sindir,ada yang pandang serong dengan niat baik kita..
tapi bila kita nak buat jahat,nak buat sesuatu yang melanggar larangan Allah,tak ada sape yang sindir kita,pandang serong kat kita...:'( Kadang2 terasa takut,takut kalau aku tak dapat teruskan niatku.. Aku takkan pernah behenti doa pada Allah untuk tetapkn imanku..:'(

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).

Sedihnya Ya Allah bila aku kenang semula apa yang dah jadi dengan dunia sekarang.. ramai yang melupakan tentang hari akhirat..NAUZUBILLAH! semoga aku tak tergolong dalam golongan tersebut.. sedih.. sedih yang amat bila aku sedar aku dah jauh dari Allah.. tapi aku gembira sangat2 sebab Allah masih sayangkan aku.. Allah menyapa aku kerana Allah masih sayangkan aku. Allah bukakan pintu hatiku untuk "behijrah".. masyaAllah! besarnya kuasaMu Ya Allah!!

Mengubah diri untuk lebih baik walau harus jatuh bangun. Cintai Allah sebelum kita saling mencintai ^_^ agar cinta kita semua bernaung dalam kasih sayangNYA. amin.

Allah Maha Besar!


YA ALLAH..tetapkan hatiku..moga2 aku mnjd yg terbaik diantara yg terbaik disisimu..amin... :)
I LOVE ALLAH!

SubhanAllah! betapa tenangnya diriku sekarang Ya Allah. Allah Maha Besar! Kau kurniakan ketenangan dalam diriku, kau permudahkan jalanku.. Syukran Ya Allah! Tapi dalam ketenangan, terselit juga dugaan, ujian dari Allah taala untukku bagi menguji sejauh mana kekuatanku, semangatku untuk menempuh dunia yang jauh lebih sukar.. ISTIQAMAH! MasyaAllah! REMEMBER Hasya ALLAH always there with you for hear ypur voice.. Jangan pernah berhenti berjuang juga sahabat2ku,juga diriku! Allahuakbar!

Aku sedar dari hari ke hari banyak yang aku dah belajar. Banyak yang dah berubah. Walaupun sikit perubahan tu tapi aku dapat rasakan Allah semakin dekat dengan diriku. Makin hari aku rasakan aku adalah aku yang baru. Allah betul2 telah bukakan pintu hatiku TAPI...
ada sesuatu yang aku takutkan. Aku takut bila aku balik Bangi, aku leka, alpa, aku takut untuk hadapi kawan2 aku sebb aku takut aku akan lupa tujuan & niatku. NAUZUBILLAH! Aku tak nak, tak nak hilang lagi apa yang aku telah rasa saat ni. Aku sayang apa yang telah aku dapat saat ni. ='(

SubhanAllah satu lagi perubahan dan kekuatan yang Allah berikan padaku adalah tiap kali aku mula untuk hantar mesej pada "dia" tiap kali 2 juga mesej akan pending serta merta. masyaAllah! Allah cuba menyelamatkanku.

Ya Allah, aku memohon pada-Mu Ya Allah, walau apa pun takdir yang telah Engkau tetapkan untukku, aku mohon pada-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman aku ini, matikanlah aku dalam agama-Mu Ya Allah, semoga Engkau sentiasa bersamaku. Amin..

Sahabat


SubhanAllah! Allah Maha Kuasa. Allah permudahkan jalanku. Allah temukan aku dengan seorang sahabat yang cukup bermkna buatku. Allah temukan aku dengan seorang sahabat yang banyak memberiku kesedaran,ketenangan untuk mencari jalan pulang ke jalan yang diredhai Allah taala. MasyaAllah,sangat halus pertemuan yang Allah telah tetapkan aku dengan Nur Fazreen binti Ahmad.

Terbuka pintu hati aku untuk ceritakan segalanya pada areen. Bermula dari situlah aku mula mendalami ilmu agama yang telah lama aku lupakan. Nauzubillah. Terlalu jauh aku dengan Allah sekarang. Ya Allah,aku mengharapkan pengampunan darimu Ya Allah. tak tertahan lagi air mata aku bila aku mulakan solat aku dengan penuh rasa insaf,khusyuk. MasyaAllah! besarnya kuasa mu Ya Allah!

Air mata tanda sedih,sedih yg teramat sebab aku tak pernah rasa setenang itu. Air mata yang mengalir itu juga tanda telalu gembira kerana aku dapat merasa ketenangan dan rasa dekat sangat dengan Allah. SUBHANALLAH! aku x pernah rasa macam ni sebelum ni. :')

Ya allah
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Aminnn...:)

Wahai Maha Pengasih…
Jika sahabatku jatuh cinta, benihkanlah cintanya kepada seseorang yang melabihkan cintanya kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu,
Wahai Maha Penyayang…
Jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepadaMu, agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah,
Wahai Maha Penyayang…
Jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,
Wahai Yang Maha Pengasih…
Jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepadaMu agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu…

insyaALLAH.. sama2 kita mendoakan kebaikan untuk diri masing2 dan juga sahabat yang lain.. insyaAllah.. moga kita semua dipermudahkan untuk membina baitul muslim yang diredhai oleh ilahi......amin...

Luahan Hatiku

Sekali lagi aku create blog aku untuk luahkan apa yang terpendam.
banyak bende mengajar aku n bagi kesedaran pada aku.
terus terang aku katakan,niat hati aku ni dah lama nak berubah.
tapi aku tak kuat untuk buat smuanya.
aku tak kuat dengan keadaan sekeliling aku n aku tak tau dari mana aku kena mulakan semula segalanya.

Aku terikat dengan persekitaran yang tak membolehkan aku berubah.
banyak pengaruh lain yang membuatkan aku susah untuk berubah.
dah banyak blog yg aku baca.
kadang2 menangis bila aku fikirkan apa yang aku dah buat selama ni.
nak bandingkan aku dengan dia yang banyak berjuang untuk islam.
jauh letaknya aku dengan dia di sisi allah.

Aku tak tau macam mana aku nak mulakan.
aku takut kalau aku dah mula untuk bertaubat,aku akan balik pada yang lama.
aku sedar iman aku goyah.
banyak benda yang aku dah tinggalkan.
tapi aku dah lama pasang niat untuk berubah.
aku perlukan orang yang sokong aku,aku perlukan orang yang selalu bagi nasihat n semangat pada aku.

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

“Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)

Al-quran,lama aku tinggalkan kitab suci allah ni.
aku lupa tentangnya,aku alpa dengan keduniaan.

Ya Allah.. kau berilah aku petunjuk ke jalanmu,kau berilah aku kekuatan untuk bertaubat kepadamu. dan apabila aku telah bertaubat kepadamu kau kuatkanlah iman ku dan kau tetapkanlah hatiku kepadamu Ya Allah...='(
Copyright© All Rights Reserved Jombinabelog.blogspot.com