Bersangka Baik


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته.

Syukur Alhamdulillah kita masih berada dibawah rahmatnya,masih lagi diberi nyawa dengan tanpa apa2 bayaran...masih lagi diberi pancaindera tanpa apa2 balasan...masih lagi diberikan kesihatan yang baik bgmencari redha ALLAH.....semoga kita sentiasa dibawah payung lindungaNYA,bg menjalankan tugas kita sebagai HAMBANYA....
amin..

Beberapa hari ni,aku diuji dengan suatu dugaan mengenai sahabatku.. Ya Allah,aku mohon ampun kepadamu kerana putus asa pada hari aku diuji.. Tapi,alhamdulillah.. aku dapat atasi dengan baik, aku terbaca status fina,my beloved sister kat facebook.. :)aku rasa terharu sangat2 & sebab tu jugak aku jadi ingat balik pada niat asal aku.. Aku baru diuji macam ni tapi aku dah putus asa.. "asalammualaikum saya nak bagik amaran sikit ae yang baik boleh jadik jahat yang jahat boleh jadik baik ok ok baik baik sikit ae asalammualaikum ya leh ae"... hehehehe... niy la status fina yg membuatkan aku bangun semula untuk kejar niat aku.. Ya Allah,kadang2 kita tak sedar ada yang menyokong kita dalam diam.. Allah bagi semangat terus pada hambanya yg sedang mencari keredhaannya.. Allah membantuku,Allah Maha Besar! Allahuakbar!

Azreen my beloved ukhti selalu bagi semangat,ingatan,nasihat pada aku.. Alhamdulillah.. Syukran Allah,aku tak mampu lalui semuanya dengan seorang diri.. Sesungguhnya,orang yang telah memulakan sesuatu kebaikan itu dan tiba2 jika ia berpatah balik kepada yang asal,NAUZUBILLAH!ia akan dizalimi oleh Allah taala! Ya Allah,jangan kau palingkan aku Ya Allah! Kau tetapkanlah imanku Ya Allah! Syukran pada Areen sebab selalu mengingatkan..:) Sayang kamu sangat2!

Dunia sudah terlalu tua sekarang, banyak petanda yang kita dah nampak.. Bila kita mula buat sesuatu perubahan yang baik orang pandang serong pada kita,mencemuh,mencaci,menyindir kita.. TAPI! bila kita nak buat sesuatu yang jahat,tak ada yang bersuara,diam,seolah2 menyokong apa yang kita nak buat.. kenapa mesti macam ni?? Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang dunia dan akhirat.. MasyaAllah! Selamatkanlah semua sahabat2ku Ya Allah! Sesungguhnya aku teramat menyayangi sahabat2ku Ya Allah!

Setiap yang kita nak buat kita mesti bersangka baik pada semua orang tak kiralah kita kenal ataupun tak dengan orang tu ..:)

‎...:::::BERSANGKA BAIK:::::...

Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Seperti pesan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani : Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Jombinabelog.blogspot.com