Sanah Helwah Ya Ukhti

Assalamualaikum wbt sahabat Fillah..

Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak nostalgia mengenai masa mudanya.

Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah".
Perjalanan masih jauh.. pencarian masih belum jelas.. destinasi masih kabur.. Arah mana yang harus di tuju? Bila dan di manakah destinasi aku? Aku merendah diri, dan berharap hanya kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Ya Allah, tunjukanlah aku jalan yang lurus...Allahurabi..Amin..

Salah satu cara untuk doa dimakbulkan adalah berpuasa dan berdoa pada hari kita dilahirkan .

Pintaku.... Terima lah aku seadanya... Pada usia yang semangkin meningkat, bukan pada usia yang telah aku tinggalkan.... 

Alhamdulillah....
syukur ke hadrat Ilahi..
kerana telah memanjangkan umur ana...
dan alhamdulillah..
hari ni telah meningkat umur ana  setahun lagi...
terima kasih pada sahabat Fb ana yg sudi mengucapkan selamat
serta mendoakan ana...
semoga kalian semua 
sentiasa dalam lindungan ALLAH selalu..
ucapan terbaik sebenarnya untuk diri ana ialah 


sebab semakin meningkat nya umur
makin dekat kita menuju kematian..
semakin dekat kita nak berjumpa ALLAH...

terima kasih juga buat Umi  yang tersayang...
kerana  melahirkan ana  kedunia ini...
ana tahu kenapa ana dilahirkan...
dan semua orang pun patut tahu kenapa mereka dilahirkan...
tepuk dada, tanya Iman....
dan jutaan terima kasih pada Abah yang tersayang...
sudi mendidik ku sehingga kini...
tidak jemu untuk menegur anak2 nya
demi kebaikan bersama...


"Ya ALLAH...semoga umi dan abah ku sentiasa dalam
rahmat-Mu...
Rahmatilah mereka, sayangilah mereka
seperti mana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil..
tempatlah mereka digolongan orang2 yang Engkau sayangi..."
"Ya ALLAH, semoga penambahan umurku,
semakin bertambah amalku kepada-Mu...
semoga aQ menjadi anak yang solehah
untuk kedua ibu bapaku...
semoga aQ juga menjadi isteri solehah buat suatu hari nnti yang
telah Engkau tetapkan...
berikan hidayah-Mu kepada diriku serta sahabat2 ku...
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa
di alam semesta ini...
Tiada Tuhan Selain Engkau dan Nabi Muhammad itu PesuruhMu
Amin.



Banyak Hiburan Perjuangan Dilupakan

Salamalaik buat para pejuang Islam...
Hari ni ana nak sahre dengan semua moga apa yang ana post kali ini dapat sama-sama kita amik iktibar untuk buat sesuatu dan berusaha ke arah lebih baik.. Ana nak kongsikan apa ilmu yang ana dapat hari ni dengan semua.. Moga ilmu dapat memberi manfaat buat semua yang baca.. InsyaAllah dengan izin Allah ta'ala.. 
Kita kadang-kadang terlalu disuapkan dengan hiburan sampai lupa semuanya..
Kadang-kadang pengaruh hiburan tu lagi kuat dari pengaruh tokoh-tokoh pejuang Islam..
Kenapa kita mesti lalai dan hanyut dengan duniawi?
Sedangkan orang Yahudi dengan musuh-musuh Islam tengah ketawa terbahak-bahak sebab kita lalai sampai lupa nak berjuang demi Islam..

Hiburan ni memang tak salah tapi tak cukup-cukup lagi ke hiburan yang dah ada selama ni malah lebih lagi saat ni hinggakan hiburan Barat semua jadi ikutan.. 
Allah sedih dengan anak-anak muda sekarang..
Berhiburlah sikit-sikit je, sekarang masa untuk kita bejuang..
Cuba kita tengok saudara-saudara Islam kita kat Palestin, diorang tengah berhibur suka ria ke sekarang ni??
Hiburan diorang adalah Al-Quran dan nasyid perjuangan mereka untuk menjadi penguat dan semangat bagi melawan musuh mereka di sana.. 
Hiburan diorang pun antaranya bunyi bom dengan melihat ramai yang syahid .. 
Kita pulak? Apa yang kita buat? Sendiri fikir lah ye..
Tak hairan kalau makin hari makin banyak kejadian rogol, bunuh, mencuri, berzina..
Semuanya hasil ikutan dari apa yang disiarkan kat TV, internet dan macam-macam lagi..

Cuba renungkan sekejap sejarah perjuangan Islam yang banyak bagi kesan kat umat Islam kat Palestine.. Alangkah gembiranya kalau lahir Salahuddin Ayyubi yang kedua, 
Umar al-Khattab yang kedua dan Sultan Muhammad al-Fateh datang selamatkan mereka di sana.. Alangkah gembiranya mereka.. 
Jom sama-sama kita renung balik apa yang kita dah lakukan selama ni sebagai seorang Islam.. Adakah Islam hanya pada nama dan ats IC je? Renung balik.. Moga masih ada masa untuk kita buat sesuatu untuk Islam dan semua saudara-saudara kita.. Allahuakbar!! 



Jom Jadi Lebih Baik

Assalamu'alaikum wbt buat sahabat2 fillah..
MasyaAllah lama sangat-sangat ana tak update blog ana..
Dan saat cuti sem ni lah ana berpeluang habiskan masa dengan blog ana ni.. 
Moga-moga apa yang ana ingin kongsikan ini dapat memberi manfaat buat kita semua, insyaAllah..

Saat ni ana diberi tugas oleh Allah untuk membantu sahabat ana mencari jalan CintaNya.. InsyaAllah ana akan cuba buat yang terbaik buat saudara ana ni supaya bertambahlah para pejuang Islam yang kita semua dambakan. Moga Allah redha dengan apa yang kita lakukan.. 

Buat sahabatQu an-nisa’, jangan biarkan sejarah hitam kita terus ada dalam diri kita sampai jadi sebab utama kita tak nak berubah jadi lebih baik.. Biarlah sejarah lama tu kita jadikan pengajaran yang besar buat kita semua. Kita masih ada masa untuk jadi lebih baik.. Jangan kita sia-siakan! Bagi sahabat-sahabat ana kat luar sana, saat Allah datangkan rasa kesal di hati kita, kita nak biarkan je peluang ni terlepas macam tu je? Masa Allah buka jalan taubat buat kita, kita nak pilih jalan yang semakin jauh daripadaNya? Walaupun tanpa rela kita hanya sebab kita ni malu dengan kawan-kawan sekeliling? Atau sebab kita rasa kita terlalu kotor n tak layak nak diampunkan? Allah Maha Pengampun, pedulikan pandangan orang, tapi sedarlah Allah sentiasa tunggu kita untuk sujud kepadaNya! Bersama air mata taubat seorang hamba.. Allah…
 Buat sahabatQu an-Nisa’, walau anda semua rasa tak ada yang sayangkan anda, ana di sini sayang sangat semua walaupun kita tak pernah jumpa.. Tapi walau besar mana pun ana sayang kan semua masih tak dapat tandingi kasih Allah pada kamu semua.. SubhanAllah!
 
Ada satu kisah yang ana nak kongsi dan ingatkan balik pada semua.. Kisah seorang pelacur yang berzina tapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya sebab dia bagi minum kat seekor anjing.. Rahmat Allah sangaaaatttt luas.. SubhanAllah… Sebab tu behentilah menghukum manusia.. Walau  kotor macam manapun pada pandangan manusia, kita tak pernah tau apakah pandanganNya..

 Lagi satu kisah yang memang popular.. Kisah sorang pembunuh yang dah bunuh 99 orang.. Cuba tengok usaha dia nak bertaubat.. Dia dah bunuh cukup 100 orang bila dia bunuh sorang alim ni dan dia cakap pembunuh ni dah tak ada harapan lagi.. Tapi dia tak pernah putus asa.. Dia ikut nasihat sorang alim yang lain, bahawa kalau dia berhijrah pegi satu tempat yang suasananya boleh bantu dia untuk bertaubat.. Tapi masa pertengahan jalan dia meninggal dunia tanpa sempat bertaubat.. Tapi dalam keadaan dia yang tengah berusaha bertaubat tu dia dimasukkan ke dalam syurga.. SubhanAllah!
Kita tak akan boleh ubah masa lalu, tapi kita boleh bertindak dari sekarang untuk cipta sejarah yang baru..

 Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Bila jalan hidup kita banyak dugaannya yakinlah tu yang terbaik buat kita.. Bila kita ada buat dosa, Allah sentiasa ada untuk bagi pengampunan.. Saat kita lemah n terhimpit, Dia sentiasa ada untuk bagi semangat dan kekuatan.. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya.. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh..

Moga apa yang ana post kali ini dapat bagi sikit semangat untuk semua berubah ke arah lebih baik.. Moga Allah redha dengan apa yang kita lakukan.. InsyaAllah.. 


Sukarnya untukQu Beristiqamah...

Sukarnya untuk ana istiqamah. Mudah untuk kita menuturkannya, sukar untuk melaksanakannya. Berhati-hatilah dalam kita berbicara. Allah menilai setiap tutur kata kita. Semakin banyak bicara kita tentang perjuangan, semakin kuat Allah uji kita. Andai amalan dan ibadah kita kuat, ianya mampu menjadi pembenteng dalam kita menghadapi ujian dari Allah SWT.

Dan ana sedang diuji atas segala yang ana tuturkan terhadap sahabat-sahabat ana. Banyak silap yang ana telah lakukan. Ana tuturkanNya tapi ada juga yang ana sendiri sukar untuk lakukannya. Nauzubillahiminzalik.. Ya Allah, ampuni segala silapku Ya Allah. :'( Aku telah jauh, aku lalai dan lupa untuk mentarbiyah diriku sendiri sedang aku menyampaikan dakwah terhadap sahabat-sahabatku.. MaafkanQu wahai sahabat-sahabat seperjuanganku..

Namun, seandainya kita lemah dan tidak menjaga ibadah kita, bila-bila masa sahaja kita akan jatuh tersungkur. Lebih-lebih lagi kalau maksiat kita banyak pada Allah SWT lagi susahlah untuk kita bangkit semula. Ubatnya adalah taubat. Taubat akan menyembuhkan hati yang sudah berkarat dengan maksiat.

Allah.. Ana hambaNya yang sentiasa lalai. Ana sentiasa alpa dengan nikmat dunia semata-mata. Manusia, imannya juga bermusim. Ada turun dan naik, dikala imannya turun wajib untuk kita mencari di mana silapnya. Allah...:'( Ampuni aku Ya Allah atas segala kesilapan yang telah aku lakukan. Kadang kala aku tersungkur atas silapku sendiri. Aku terpedaya dengan syaitan laknatullah! Aku kalah dengan nafsuku sendiri Ya Allah..:'(

Dari Abdullah bin Amru, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap amal memiliki puncaknya dan setiap puncak pasti mengalami kefuturan (putus asa). Maka barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada sunnahku, maka ia beruntung dan barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada selain itu, maka bererti ia telah celaka” (HR Imam Ahmad dari sahabat Anshar)

Istiqamahlah... Kerana istiqamah akan menjadikan diri kita berani dalam menghadapi onar dan duri dalam kehidupan. Beristiqamahlah... Kerana istiqamah akan melahirkan ketenangan dalam jiwa. Beristiqamahlah.. Kerana istiqamah akan menjadikan kita optimis dan sentiasa beriltizam dalam perjuangan..

Semoga Allah memelihara jiwa kita dari sifat kefuturan. Moga-moga dengan dengan buah istiqamah, kita akan diberikan kemenangan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bahagiakan Hati Walau Disakiti

Assalamua'laikum..SubhanaAllah..a lot of events had happened to me this past few days... bUt Alhamdulillah.. I shall express of my gratitude towards Allah swt for unstoppably keep blessing us and also showing us the way..Alhamdulillah.. bersyukur diatas nikmat kurniaan illahi.. ana bersama-sama keluarga dan sahabat handai masih dapat menghirup udara segar di bumi cinta ilahi..

Allah Maha Mengetahui setiap yang terjadi di langit dan di bumi..
Dah masuk bulan 2 dan tinggal lagi sebulan untuk ana persiapkan diri untuk menghadapi final exam.. Allah, bersedia ke x ana sekarang ni?? Ana sibuk untuk perjuangkan agama, tapi ana tak pernah lupa tanggungjawab ana untuk umi dan abah untuk belajar sungguh-sungguh dan cuba dapatkan anugerah Dekan.. InsyaAllah... Segala yang ana lakukan adalah kerana Allah..Ingatan buat ana dan sahabat2 untuk setiap yang kita lakukan...


Belajar untuk memahami agar difahami, belajar untk menyayangi agar disayangi..Ana sedang berusaha tanamkan sifat jagalah perasaan orang lain dulu dan ketepikan perasaan ana.. Allah... memang susah nak buat, senang je nak sebut.. macam kak aida pernah cakap dalam usrah pertama hari tu..

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).

InsyaAllah.. ana yakin ana dapat lakukannya.. yang penting,ikhlaskan hati! :)Tepuk dada tanya iman...sejauh mana anda telah berusaha membahagiakn diri anda....bhagia kan diri seterusnya anda dapat bahagiakan org lain...

Ana mendoakan agar semua insan yang ana kasihi terutama umi dan abah yang setiap masa memikirkan tentang anak-anak mereka...... adik beradik ..... dan anda... yang membaca Niat Hatiku.......semoga kalian sentiasa bahagia...usah takut... usah gelisah ....pastinya ada hikmah diatas setiap ujian yang datang...

....Kebahagiaan itu datangnya dari Dia, Pencipta kepada segala rasa....mohon lah kepada-Nya...


Perjuanganku Bermula

Assalamualaikum...

Lama dah ana x berblogging di sini..
Terlalu banyak yg ana nak kongsikan dengan semua readers kat sini..

Ana tercalon untuk majlis perwakilan pelajar dan ana serta sahabat-sahabat ana menang 7 kerusi dari 11 kerusi.. Alhamdulillah... ana sendiri x pernah terfikir ana akan berada sejauh ini.. :')
Setelah selesai bacaan doa oleh saudara muslimat dari Insaniah, takbir ALLAHUAKBAR dilaungkan!! Allah!! Ana sedang memikul tanggungjawab besar.. Moga Allah permudahkan segala urusanku dan sahabat-sahabatku.. Perjuangan sebagai seorang Dai'e telah bermula.. Perjuangan bersama sahabat-sahabatku.. insyaAllah ana akan cuba sedaya upaya mengubah segalanya berlandaskan sistem yg benar di sisi Allah!


Buat para mujahid dan mujahadah!!

Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(al-jatsiyah ayat 23)


Wahai dai’e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”
(albaqarah:42)

Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggera nya.

Ayuh dai’e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu,

benar-benar berjihad!

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(attaubah:39)

Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!

Semoga setiap apa yang kami perjuangkan akan diterima di sisi Allah Yang Maha Kuasa!
insyaAllah... :D

Betapa manisnya menjadi seorang Dai'e,
walau tidak dihujani populariti,
Tetap dihujani rahmat ilahi,
walau tidak diberi ganjaran.
Tetap berjuang penuh keikhlasan..
walau tidak menempa nama,
Cukuplah dengan ganjaranNya semata..
Indahnya hidup menjadi Da'ie!! ^_^
Copyright© All Rights Reserved Jombinabelog.blogspot.com