Assalamu'alaikum wbt buat sahabat2 fillah..
MasyaAllah lama sangat-sangat ana tak update blog ana..
MasyaAllah lama sangat-sangat ana tak update blog ana..
Dan saat cuti sem ni lah ana berpeluang habiskan masa dengan blog ana ni..
Moga-moga apa yang ana ingin kongsikan ini dapat memberi manfaat buat kita semua, insyaAllah..
Saat ni ana diberi tugas oleh Allah untuk membantu sahabat ana mencari jalan CintaNya.. InsyaAllah ana akan cuba buat yang terbaik buat saudara ana ni supaya bertambahlah para pejuang Islam yang kita semua dambakan. Moga Allah redha dengan apa yang kita lakukan..
Buat sahabatQu an-nisa’, jangan biarkan sejarah hitam kita
terus ada dalam diri kita sampai jadi sebab utama kita tak nak
berubah jadi lebih baik.. Biarlah sejarah lama tu kita jadikan pengajaran yang
besar buat kita semua. Kita masih ada masa untuk jadi lebih baik.. Jangan kita
sia-siakan! Bagi sahabat-sahabat ana kat luar sana, saat Allah datangkan rasa
kesal di hati kita, kita nak biarkan je peluang ni terlepas macam tu je? Masa
Allah buka jalan taubat buat kita, kita nak pilih jalan yang semakin jauh
daripadaNya? Walaupun tanpa rela kita hanya sebab kita ni malu dengan
kawan-kawan sekeliling? Atau sebab kita rasa kita terlalu kotor n tak layak nak
diampunkan? Allah Maha Pengampun, pedulikan pandangan orang, tapi
sedarlah Allah sentiasa tunggu kita untuk sujud kepadaNya! Bersama air mata
taubat seorang hamba.. Allah…
Buat sahabatQu an-Nisa’, walau anda semua rasa tak ada yang
sayangkan anda, ana di sini sayang sangat semua walaupun kita tak pernah
jumpa.. Tapi walau besar mana pun ana sayang kan semua masih tak dapat tandingi
kasih Allah pada kamu semua.. SubhanAllah!
Ada satu kisah yang ana nak kongsi dan ingatkan balik pada
semua.. Kisah seorang pelacur yang berzina tapi dimasukkan ke dalam syurga oleh
Allah hanya sebab dia bagi minum kat seekor anjing.. Rahmat Allah sangaaaatttt
luas.. SubhanAllah… Sebab tu behentilah menghukum manusia.. Walau kotor macam manapun pada pandangan manusia,
kita tak pernah tau apakah pandanganNya..
Lagi satu kisah yang memang popular.. Kisah sorang pembunuh
yang dah bunuh 99 orang.. Cuba tengok usaha dia nak bertaubat.. Dia dah bunuh
cukup 100 orang bila dia bunuh sorang alim ni dan dia cakap pembunuh ni dah tak
ada harapan lagi.. Tapi dia tak pernah putus asa.. Dia ikut nasihat sorang alim
yang lain, bahawa kalau dia berhijrah pegi satu tempat yang suasananya boleh
bantu dia untuk bertaubat.. Tapi masa pertengahan jalan dia meninggal dunia
tanpa sempat bertaubat.. Tapi dalam keadaan dia yang tengah berusaha bertaubat
tu dia dimasukkan ke dalam syurga.. SubhanAllah!
Kita tak akan boleh ubah masa lalu, tapi kita boleh
bertindak dari sekarang untuk cipta sejarah yang baru..
Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Bila jalan hidup kita
banyak dugaannya yakinlah tu yang terbaik buat kita.. Bila kita ada buat dosa,
Allah sentiasa ada untuk bagi pengampunan.. Saat kita lemah n terhimpit, Dia
sentiasa ada untuk bagi semangat dan kekuatan.. Allah ada menyebut bahawa Dia
bersama sangkaan hamba-Nya.. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan,
Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa
hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh..
Moga apa yang ana post kali ini dapat bagi sikit semangat untuk semua berubah ke arah lebih baik.. Moga Allah redha dengan apa yang kita lakukan.. InsyaAllah..





No comments:
Post a Comment