Sukarnya untuk ana
istiqamah. Mudah untuk kita menuturkannya, sukar untuk melaksanakannya.
Berhati-hatilah dalam kita berbicara. Allah menilai setiap tutur kata kita.
Semakin banyak bicara kita tentang perjuangan, semakin kuat Allah uji kita.
Andai amalan dan ibadah kita kuat, ianya mampu menjadi pembenteng dalam kita
menghadapi ujian dari Allah SWT.
Dan ana sedang diuji
atas segala yang ana tuturkan terhadap sahabat-sahabat ana. Banyak silap yang
ana telah lakukan. Ana tuturkanNya tapi ada juga yang ana sendiri sukar untuk
lakukannya. Nauzubillahiminzalik.. Ya Allah, ampuni segala silapku Ya Allah.
:'( Aku telah jauh, aku lalai dan lupa untuk mentarbiyah diriku sendiri sedang
aku menyampaikan dakwah terhadap sahabat-sahabatku.. MaafkanQu wahai sahabat-sahabat
seperjuanganku..
Namun, seandainya
kita lemah dan tidak menjaga ibadah kita, bila-bila masa sahaja kita akan jatuh
tersungkur. Lebih-lebih lagi kalau maksiat kita banyak pada Allah SWT lagi
susahlah untuk kita bangkit semula. Ubatnya adalah taubat. Taubat akan
menyembuhkan hati yang sudah berkarat dengan maksiat.
Allah.. Ana hambaNya
yang sentiasa lalai. Ana sentiasa alpa dengan nikmat dunia semata-mata.
Manusia, imannya juga bermusim. Ada turun dan naik, dikala imannya turun wajib
untuk kita mencari di mana silapnya. Allah...:'( Ampuni aku Ya Allah atas
segala kesilapan yang telah aku lakukan. Kadang kala aku tersungkur atas
silapku sendiri. Aku terpedaya dengan syaitan laknatullah! Aku kalah dengan
nafsuku sendiri Ya Allah..:'(
Dari Abdullah bin Amru, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap amal memiliki puncaknya dan setiap puncak pasti mengalami kefuturan (putus asa). Maka barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada sunnahku, maka ia beruntung dan barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada selain itu, maka bererti ia telah celaka” (HR Imam Ahmad dari sahabat Anshar)
Istiqamahlah... Kerana
istiqamah akan menjadikan diri kita berani dalam menghadapi onar dan duri dalam
kehidupan. Beristiqamahlah... Kerana istiqamah akan melahirkan
ketenangan dalam jiwa. Beristiqamahlah.. Kerana istiqamah akan
menjadikan kita optimis dan sentiasa beriltizam dalam perjuangan..
Semoga Allah
memelihara jiwa kita dari sifat kefuturan. Moga-moga dengan dengan buah istiqamah,
kita akan diberikan kemenangan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.



No comments:
Post a Comment